Segmen Whoopers - Protect Your Bias
Assalamualaikum, anneyong et
bonjour !
Bukak group fesbuk and
nampak segmen ni . And like always aku ni selalu ketinggalan AHAHAHA teruk .
Unnie Darla yang buat segmen ni . Thankseu ;~; Kalau takde segmen ni, merapu je
la kerjanya ^^v Meh tengok ~
Senaraikan 6 ultimate bias anda tanpa mendedahkan nama pentas dan juga kumpulan mereka (jika berkumpulan) ; Lelaki A | Lelaki B | Perempuan D | Perempuan E | Perempuan F
A - Ice Pop | Muka cool je
tapi suka main-main
B - Cendawan | Fake maknae
yang comel
C - Yunny Bunny | Maknae betul
D - Cahaya | Peramah dan
ceria
E - Supergirl | Tak padan
comel, kuat woo
F - Kuyuu | Mata takde
takpe, asal comel *pilih kasih MIAHAHA*
Bagaimanakah anda mengenali keenam-enam mereka? Nyatakan situasi tersebut dengan ayat anda sendiri.
A | Ice Pop - Group die time
baru debut time tu . Aku pulak spesis tak layan group yang baru ni *noob; baru
jinak-jinak minat kpop* Kecoh gak ahh pasal deorang . So aku pun mintak
Tokki Google tolong . Okay boleh tahan . Tengok MV debut deorang, OMG nak gugur
jantung smart gila vavun /flips adik/ Then terfokus la kat sorang ni . Muka
scary gak . Mata die, renungan yang .... *speechless* Tetibe senyum, alahai
cair . Laki kedua yang aku minat, tapi si Ice Pop ni naik tangga dalam bias list
. Nasib kau ahh AHAHAH .
B | Cendawan - Terserempak dalam
variety show ni . BFF aku paksa tengok .__. *sebab pertama aku minat kpop gak
/sengih kerang/* Dalam banyak banyak gentlemen kat situ, Cendawan tu jugak la
aku berkenan . Search habis woo lepas tau nama die . Pastu kenal-kenal ngan
members die . Die comel, kalah maknae . Maknae lak nampak lagi matang dari die
. Suara die lak, memang sesuai untuk lagu slow rhythm . Sukaaaaa ;o;
C | Yunny Bunny - Siput introduce group ni . HAHA kenalkan kat bias baru dia . Pastu dengar lagu deorang, pergh boleh pulak bertambah bias aku . Klon tak klon, yang penting dia maknae ._. Jarang aku minat maknae . Dah la sama tua ngan aku ni yeahhhh \o/ He's sooo mine *aku tak kisah bermadu lol*
D | Cahaya – Variety show di
mana ada sorang je laki; dan laki tu MC . Weird, tapi aku terima je . Ade budak
ni, melecaih nak mampos *active* Dah la kecik sekali . Err maksud aku kecik
dari segi size . Die bukannya maknae dalam group die . Dah lama dah kenal girl
group die, tapi kurang melayan . Aku choosy XD Yang ni takyah buat research .
Dah lama kenal . Cuma die tak berapa menonjol dalam group . Kesian die . Sebab
die kecik kot OHOHO .
E | Supergirl – Pun dalam
variety show . Sekali ngan Cendawan, Ice Pop . Sama company dengan Cendawan lak
tu . Tarian lagu omg comel gilosss *gigit epal* Siyez tak sangka si ganas ni
menari lagu cute cute . Indah khabar dari rupa betul la lol ._. Kalau die ikat
dua rambut die, aku rasa nak kidnap die balik je HAHA buat jadi kakak . Aku
takde kakak *aku anak sulung* Dengan adik bongsu akunya suka group ni, boleh la
kecik tu jadi informer kalau deorang ada lagu baru ^^v
F | Kuyuu - Secara tak sengaja
nama artis baru ni lalu kat twitter . Bila artis baru, aku mula la blurr papan
. Tengah tengok MuBank, tetiba ternampak la nama dia . Layan je la . Woah
nyanyi lagu balada cair aku HAHA *eventho Kuyuu ni perempuan ._.* Famous amos
dengan gitar macam Najwa Letipp gitu lol . Sampai adik laki aku pun minat .
Okay that was unexpected . Jangan rampas Kuyuu laaa !
Andaikan bahawa C dan D hampir dilanggar kereta dan anda hanya mampu menyelamatkan seorang sahaja. Siapakah yang akan anda selamatkan? Mengapa?
Susah gak kena pilih sorang
je . Sayang dua dua ! Hmmm~ Antara Yunny Bunny dengan Cahaya~ Cahaya la, "Ladies
first" la katakan AHAHA okay stop ._. Melecaih Cahaya pun, dia still
perempuan . Lemah . So tolong Cahaya dulu *nods* Yunny Bunny kan laki . Bolehnya die selamatkan diri dia sendiri .
Sekiranya anda menyaksikan lelaki B melamar perempuan F dengan mata anda sendiri, apakah yang bakal anda lakukan? Sudikah anda melihat mereka bersatu?
Walaupun hati bagaikan
ditoreh dengan pisau Rambo, aku rela *personifikasi+hyperbola* Cendawan mata
bulat, Kuyuu pulak takde mata~ HAHA sesuai sesuai lol . Cendawan akan jadi mata
Kuyuu OHH so sweet cewahh ayat . Nanti aku siap teman Kuyuu pegi try wedding
gown lagi hehehe . Semoga bahagia ke anak cucu korang ! *throws rose petals*
Pada suatu hari, anda sedang berlegar di kawasan dorm kumpulan A dan anda terlihat kepulan asap keluar dari arah tingkap bilik mereka. Apakah tindakan pertama anda? Ceritakan situasi anda ketika itu.
Macam biasa, aku sentiasa
keluar jalan jalan pada waktu petang . Kawasan dorm group IcePop menjadi
pilihan aku untuk berekreasi cewahh /o\
Aku ni salah seorang fan yang suka la jugak stalk . Tapi takde la stalk
sampai masuk secara haram bagai tu kan . Tu dah pervert dah tu . I'm a stalker
from afar . Aku ni spesis anti-social, tak suka la dikerumuni manusia aka fans
blablabla OHOHO biases aku la hidup aku lol
.
Pada suatu malam ni, aku terniat di hati nak strolling . Pastu terlalu la depan dorm IcePop ni . Kenapa aku lalu situ pun aku taktau padahal tiap petang aku lalu hehe . Tetibe ternampak asap keluar dari tingkap sapa entah . Okay orang tu merokok kot haish tapi mana mungkin idols merokok kan . Kan ? Eh biar la biar biar . Tak reti nak jaga tepi kain orang ni hmm . Asap tu pulak boleh berkepul banyak nak mati . Aku dah start panik dah . "Nak masuk ke idak nak masuk ke idak ni", aku bermonolog . Dah macam kucing nak beranak duduk tak senang . Last last aku berlari ke arah dorm IcePop . Pintu pun tak ketuk dah, aku bagi sidekick taekwondo sekali ! "PRAK" pecah pintu . Sampai ruang tamu, satu batang hidup pun tak nampak . Lahai kat mana deorang semua ni ? Semua pintu bilik aku pecahkan punya la nak cari deorang tapi satu pun takde manusia apatah lagi asap . Time ni la jugak semua pintu deorang kunci kan . Sakit kaki aku . Tinggal satu lagi pintu aku tak pecahkan . "Haiyaakkkk !" semangat pintu last woo . Boleh pulak kaki aku berdarah kena serpihan kayu kat pintu last tu . "Mana deorang semua ni ? Woi keluar la rumah terbakar woi !" aku tak tahan dah aku jerit je la
*facepalm* Kenapa la aku tak
jerit awal-awal ? Takde la aku parah macam ni .__.
"Kau sapa ha budak ?" Aku memalingkan badan ke arah suara di belakang . Dengan rambut separa basahnya, dengan renungan tajam dia, dia datang mendekati aku . Icepop . Tergamam kejap . Dekatnya . Baru lepas mandi lettew EHH wei pehal jauhi aku ;_; Muka blush keseluruhan . Malunya !! "Wei tadi aku nampak asap . Hitam . Salah satu ruang dalam dorm ni terbakar !" Woohoo aku cakap direct yet guna banmal haha lol . Brutal beb . "Ohh sorry sorry, kau dah salah anggap ni budak . Ni mesti kerja si maknae . Buat barbeque dalam rumah . LAGI SEKALI " IcePop mengeluh . Kepala maknae tetiba muncul dari kawasan dapur, "Hyung cakap ngan sapa ? OMO kaki dia berdarah ! " "Meh sini budak" IcePop ni buat suprise lak~ Angkat aku bridal style OMG rasa nak pengsan ! Maknae lak sambung kerja dia kat dapur . Dia letak aku atas sofa and start rawat luka kat kaki kanan aku . Mujur takde la parah sampai kena bawah pegi hospital . Lembut je cara dia rawat luka aku, tak sakit lak tu . Tak sia sia aku crush kat dia HAHA . “Nah, dah siap . Jaga kaki tu elok elok . Takut disinfected pulak karang, susah kau .” Ambil berat jugak si IcePop ni pasal aku ;~; Terharunya huhuhuhu . Terdengar someone tersepak something . Terkejut dibuatnya haish ganggu je lol . “S..sa..sapa yang buat semua ni ? Ni hyung baru tinggal korang dua orang sehari . Kalau seminggu, entah roboh rumah ni” ketua group Icepop baru sampai dari practice blablabla dengan members lain . Kami berdua berpaling ke arah satu sama lain . Aku dengan IcePop . Pergh IcePop bagi kening kat aku . Jenuh explain . Deorang pun still dazed sebab a 19-year-old girl just kicked almost all of the doors yang wujud dalam dorm tu . Okay aku terkena false alarm . Mana la aku tau maknae memasak sampai macam tu sekali . EHH bukan . Barbeque dalam rumah ._. 1st time orang barbeque dalam rumah . Alang alang, aku dijemput la dinner sekali dengan members IcePop . Agak awkward sebab aku sorang je perempuan . Takpe ah janji aku boleh jumpa bias aku MIAHAHA . Kami berkenalan blablabla HAHA mujur deoarng cool je pasal pintu pintu tu . Sorry guys ^^v Anda baru sahaja memenangi hadiah makan malam bersama C dan ianya pada tarikh yang sama konsert E julung kali diadakan. Sanggupkah anda memilih antara C dan juga E? Apakah jalan terbaik yang akan anda pilih?
Wei sayang Yunny Bunny ngan Supergirl sama rata T_T Dua dua dinner nak pegi . OHH
memula aku pegi yang Yunny Bunny punya dinner dulu . Sebab tak elok berdua duaan
dengan laki memalam sangat woah ape aku ngarut ni HAHAHA tapi rilex cool planet
ah dengan Yunny Bunny . Makan sikit je la pastu pegi dinner Supergirl lak . Baki tank
yang tak penuh tu boleh diisi bila dinner dengan Supergirl . Pastu ajak ahh
Supergirl jalan jalan dengan aku . Boleh jadi kawan wee ~~~ Then teman dia
balik, perempuan kena ada orang teman kalau balik memalam . That’s why la aku
lambatkan dinner dengan Supergirl .
Bayangkan anda adalah pengurus bagi D dan telah mengenalinya selama 3 tahun. D memberitahu anda bahawa dia mempunyai masalah dengan teman lelakinya. Anda tahu bagaimana luaran dan dalaman teman lelaki D. Anda juga pernah melihat teman lelakinya itu bersama perempuan lain tetapi anda hanya berdiam diri selama ini. Sebagai seorang pengurus serta sahabat kepada D, bagaimanakah anda membantu dalam menyelesaikan masalah tersebut?
Okay first aku tanya Cahaya, “Awak memang sayang dia ke ? Jeongmal ? ”
Kalau dah teragak agak nak jawab tu, nampak sangat la tak berapa lol . Kalau
dia boleh keep up relation dengan boyfie
tanpa jejaskan persembahan, dia boleh cuba bersabar dan try baiki boyfie tu slow
slow . Aku pun boleh gak slow talk dengan mamat tu . Tapi dah kalau siang malam
Cahaya nangis sebab boyfie tu, break je la . Siap aku pegi belasah mamat tu
lagi . Haa senang, end of story .
Sebuah rompakan sedang berlaku di Bank KKK. Anda bersama B, F, dan juga E dijadikan tebusan dalam rompakan tersebut. Ceritakan situasi sehingga rompakan itu berakhir dengan menggunakan imaginasi anda.
“Mak ni, time hujan lebat guruh bagai ni la nak pegi bank-in duit . Habis
basah baju .” mendengus aku dalam hati . Fobia aku dengan guruh pun aku
terpaksa cover . Pokerface habis dah ni . Menggeletar ni je tak boleh cover .
“Duit ni untuk awak jugak, simpanan masa depan” kata mak sebelum aku beredar dari rumah .
Ye la mak, tapi kan tengah cuti semester kot . Aku tak perlukan lagi .
Sebulan lagi, perlu la LOL aku HAHA . Dah mak kata pegi, aku pegi je la . Aku
sayang mak, nama pun anak mak <3
Cehh ramai pulak yang beratur kat mesin CDM (cash deposit machine) . Hai bank KKK, tak boleh buat banyak lagi ke mesin alah ni ? Ayat sarkastic gila aku ajukan kepada satu-satunya CDM kat situ . Pandangan aku dialihkan ke arah hujan yang semakin renyai . AHH lega~ Nanti boleh balik dengan aman . NO MORE THUNDER WEE ! Hashummm bersin non-stop, sejuk weiii . Pergh duk melayan titisan awan, suara perempuan perempuan menjerit mengetuk gegendang telinga . Kuat pulak tu sakit la woii ! Pe kes la menjerit dalam bank ._. Semua pakat pandang bahagian dalam bank KKK . Ehhh mata aku salah tengok ke ?? *rendam bola mata dalam clorox* Cendawan, Supergirl dengan Kuyuu ? Apa deorang buat kat sini ? Ohh ye aku lupa . Deorang manusia biasa gak . Perlukan duit HAHA . Tapi sekaligus jumpa ? Okay my day just got better ! Finally sampai pun giliran aku pfftt lamo dah tunggu . Tapi heran tetibe menyepi gila . Baru nak tekan nombor akaun, ada orang tarik tangan aku . “Woi pehal kau ni bro ! Harrom la !” bengang tanpa menoleh, aku sambung balik menekan digit atas CDM tu . Sekali lagi, tangan aku ditarik dengan lebih kasar plus dengan grip tak lepas lepas . Ceh tak paham bahasa punya orang . Pandang pandang atas semua pakat tengok aku . Err ‘menarik perhatian’ betul suara kasar aku ni . Mata bertentangan dengan pemegang tangan aku, pakai topeng nampak dua biji mata je . Oh ape aku dah buat ni ._.” Pintu masuk ke mesin mesin cash ATM CDM blablabla tu ditutup dengan rantai besi and mangga dari dalam . Semua manusia dalam tempat mesin tu ditolak masuk ke dalam perut bank *ada pintu penghubung antara dua tempat tu* . Pintu utama bank pun ditutup dengan cara sama . Ohh no wonder semua senyap . Perompak . 4 orang . Perompak bersenjata lak tu . Serba hitam senapang canggih woahh ~ EHH ape aku ni, sorry hobi pelik suka weapons lol . Sapa yang berdiri, deorang bagi isyarat suruh duduk . Sorang, tukang ikat semua tebusan, sorang guard pintu, lagi 2 orang paksa paksa cik cik kaunter bukak peti besi . Yang aku pulak boleh buat rebel tak nak duduk, sorang lak tu tebusan yang berdiri sambil silang tangan . Supergirl, Kuyuu and Cendawan secara tak sengaja ada dekat dekat aku . Tangang deorang tunggu giliran je nak kena ikat .
“Duduk la . Apa kau buat ni ? Nanti kena tembak kau nak mati ke ? ” Cendawan ni, bukan nak support aku nak lawan ni . Boleh bisik macam tu . Kecewa
ceh pfft .
Hell no ! Aku nak bagi korang selamat keluar ! Biar aku mati takpe takpe ! Eh aku cakap dalam hati mana deorang tau . Supergirl dengan Kuyuu pun tarik tarik aku suruh duduk . Fed up last last aku terpis tangan deorang . Sorry . Perompak yang jaga kat pintu tu pun datang dekat aku siap acu senapang kat kepala aku . Tak semena mena aku pegi tarik benda lah tu dari dia . Dah macam main tarik-tarik tali pun ada .
"BANG !" Bulat biji mata masing masing . Ada yang cover telinga . Aku tak sengaja tarik picu oh sheet kena kaki perompak tu . Mujur senapang alah ni ada silencer, sound-proven . Supergirl sumbat sapu tangan dalam mulut orang tu . Taknak bagi dia menjerit . Aku pun apa lagi aku acu kat perompak 'pengikat tangan' . "Bukak pintu . SEKARANG ." Nada yang tenang tapi jelas dan tegas . Sebelum 2orang kat peti besi belakang tu datang, kami semua kena lari ! Aku bagi isyarat kat Kuyuu suruh call polis . Menggeletar perompak tu pffft tau lak takut . Buat takut orang pandai sangat . Nak taknak dia terpaksa bukak . Kalau tak, aku TERpaksa tembak dia pulak *wei kejam aku hahaha* Pastu cepat cepat aku suruh semua tebusan keluar . Boleh pulak Cendawan pegi kat tukang bukak pintu tu and ikat tangan plus sumbat mulut haha kali ni guna stokin Cendawan lol rasa-kan perompak ! Timing cantik bro, polis sampai cun cun . Empat empat tak sempat lari . Haa la tengok ah 2 orang rebah atas lantai . Angota polis lain lak amik statement dari tebusan yang baru keluar . Siap bagi report, aku decide nak balik . What a tiring day ! *nods* Terlompat sampai ke bulan wei ada orang tepuk bahu aku ! Fuhhhh ~ Kuyuu rupanya . Eh Supergirl, Cendawan pun ada . "Thanks budak, kau dah selamatkan kitaorang . Eventho kau hampir membunuh kami semua . Ouch !" Supergirl siku Cendawan . "Ignore apa dia cakap . Terima kasih tau awak ! We owe you our lives ! Nama awak apa eh ?" Supergirl tanya . Woah fan service hambik kau ;oo; "Err . Atiqah . Err . Takpa la saya nak balik . Trauma pun ada haha kbai ." Siot ah aku lak buat dek kat deorang . But seriously aku memang trauma . I just shot a guy !! "Ehh nanti biar kami hantar awak ! Please please please" OMG Kuyuu ni buat aegyo tak boleh nak tolak . Buat lak masa tu Supergirl and Kuyuu cakap deorang ada jadual pukul sekian sekian so tak boleh nak hantar aku . Siap bagi personal number deorang kat aku . Terbaik weii . Takpe la aku balik sendiri . Lawak gak deorang tolak tolak Cendawan tolong hantarkan aku . Segan gak ahh . Rumah aku jauh gak, sooo .... Sepatah haram tak cakap dengan Cendawan, jeling je . Sedih lagi time dia tak backup aku hoh . Dah sampai depan rumah aku boleh pulak buat buat nak baiki cermin sisi sebelah aku . Tahan je la, dah tak unlock pintu kereta tu lagi . Nak bukak pun konpem la tak boleh . "Woi cemerkap, nanti check poket kau" Pastu dia pecut dari rumah aku . Poket ? Pekebenda dia merepek ni ? Aku seluk poket seluar, ada gelang tangan . Silver . Siap ad tag kertas . Yang aku tau aku tak pakai jewelry bagai . Dekat tag tu ada tulisan . 01xxxxxxxxx . Jumpa aku kat Cafe Z. Cendawan. DATE ?? ***************************************************************************** Siap ! Lol lama bebenaq cari idea . Panjang pun hadoo . Sorry . Kbai o/ |